SiapA itu KorAi??

My photo
teringin nak ade kampung !!!!

Sunday, April 25, 2010

Insan Yatim

aku duduk memerhati tingkah sekelian makhluk,
setiap daripadanya ada cerita dan kisahnya,
merenung aku pada diri tentang kurang dan lebih nya pada aku yang telah diberi olehNYa...
membuat aku bersyukur...

Walau hidup aku tampak sempurna, tiada yang tahu cerita yang sebenar,
hidup aku penuh dengan drama dan ceritera yang aku sendiri tidak pasti,
mencari asal usul, identiti dan salasilah sendiri... buat aku buntu...

aku mahu kehidupan yang sempurna....
semua mahu begitu..kehidupan yang penuh damai dan harmoni..
teringin aku menatap kedua wajah mereka yang aku sayangi...
namun aku tidak pernah mengenali mereka...

aku tidak pernah memanggil mereka,
tidak pernah mengucap kata keramat IBU dan BAPA..

hidup seorang yatim bukan mudah,
selalu dibelakangkan,
selalu tidak diendahkan,
selalu ditirikan...
puluhan tahun aku mengadap setiap detik itu dengan sabar...

pada Dia aku mengadu , pada Dia aku mengharap,
aku tahu Dia yang mengatur segalanya...

aku bersyukur padaNya di atas nikmat kurnia dan kasih sayangNYA..


~KorAi~