SiapA itu KorAi??

My photo
teringin nak ade kampung !!!!

Tuesday, February 9, 2010

~SuaRa HaTi~

aku berdiri ditengah khalayak ,
tiada siapa kenal aku,
tiada siapa tahu aku,
hanya kamu tahu aku.

tubuhku disimbah embun malam,
berdendang khalayak dengan pancaran frekuensi,
namun aku masih berdiri tiada yang peduli,
memikir tentang aku, tentang dia dan tentang kami.

melihat dalam diri siapa aku,
tak punya apa pada diriku,
harta dan takhta tiada,
jasad dan roh juga bukan milik ku,
aku tiada harta tiada empunya hanya DIA punya semua..



dingin embun yang sejuk membasah tubuh,
tiada dapat menenangkan akal warasku sedang aku memikir,
berentap dengan masa dan kehendak tiada upaya aku menentang,
kisah aku dan dia berharap pada kesungguhan dia pada aku,
kerana aku tiada berdaya hanya mengharap dia setia.


angan aku melayang kala aku mendongak,
tapi aku kerdil,
syarat bagai kisah puteri ledang merentap aku,
kisah tiada sama, tapi beban bagai serupa,
mengejar yang mustahil.



terkadang aku tersungkur kalah dengan masa dan kehendak,
berfikir tentang mematahkan serangan masa namun tetap aku tewas,
aku tahu dimana kedudukan aku,

tapi aku percaya pada kuasaNYA,
aku yakin dan aku mohon padaNYA.



menangis aku dalam tangisan hati,
mengharap belas dan ihsan dari kasihmu dan kasihNYA,

aku cinta akan engkau puteri,
tiada aku jemu menunggu,
cerita kita bergantung pada engkau dan DIA penentunya.......



kalam indah dari tuhan,
hanya dizahirkan oleh insan.

~KorAi~

seruan segerak


bisikan lidah yang tajam berilmu,
merentap sedarku dari lenangan kalbu,
deruan kersani mengalir di diriku,
menyambut seruan bisikan guru.

perkemas diri bersama seni,
tampak ringkas padahnya mati,
hanya perdu hasratku cari,
buat bekalan menanti hari.

satu hasrat satu matlamat,
berpadulah kita sekelian umat,
sudah tiba pelbagai alamat,
perkemaskan diri sebelum terlambat.

geraknya tangkas bersama cekak,
hindar semua riak dan bongkak,
berdiri lurus kehadapan bertapak,
itu adalah warisan mutlak.






kalam indah dari tuhan,
hanya dizahirkan oleh insan.


~KorAi~