SiapA itu KorAi??

My photo
teringin nak ade kampung !!!!

Sunday, August 16, 2015

Abam datang balik

Ok aku demam. ByE

Friday, August 3, 2012

NOstalgia 2010

Lama sudah tidak mengepost di tahun 2012.

Duduk-duduk tengok laptopbasilos terjumpa satu konfrotasi diri aku pada 2010
berperang dengan satu penghinaan dan cabaran buat diri aku.

kisah macam biasa bermula dari FB hingga pertemuan 4 mata
kisah antara dua darjat
kisah antara lelaki dan wanita
kisah percintaan dan penipuan
kisah di suatu universiti termasyur di bahagian pinggir kota.

ini semua kerja gila
klu mahu dikisahkan boleh jadi drama,

nasihat ini hari :

jangan kita mengkeji dan menghina manusia
berlaku jujur dan jangan memandang rendah manusia lain
dan dari kisah ini banyak aku belajar tentang manusia

Al-fatihah buat ayahanda beliau. semoga dicucuri rahmat.

Tuesday, December 27, 2011

Peranan Ulama' Dalam Dunia Persilatan

Disediakan Oleh :

Almarhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad

(Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia)

Di dalam penulisan ini, ulama' secara ringkasnya adalah dianggap sebgai golongan cerdik pandai dibidang agama termasuklah para mufti, para kadi, imam-imam, bilal-bilal, sheikh-sheikh, ustaz-ustaz, tuan-tuan guru, lebai-lebai dan para lulusan pusat-pusat pengajian tinggi di bidang keagamaan.


Alam persilatan pula secara ringkasnya adalah segala-gala yang berkaitan dengan kegiatan ilmu silat (misalnya guru, pemimpin, penuntut, peraturun-peraturan dan tradisi-tradisi yang mnejadi lumrah), iaitu seni mempertahankan diri di alam melayu ini.


Silat adalah tidak asing dan tidak dapat dipisahkan dari maysarakat melayu. Di Malaysia ini, orang-orang melayu itu boleh dikatakan keseluruhannya adalah orang Islam. Ilmu silat adalah satu cabang ilmu yang dapat digunakan untuk menjaga keselamatan diri, nyawa, harta benda, keluarga, bangsa, negara dan ugama dari ancaman dan pencerobohan.


walaupun di dalam perkembangan pesat senjata moden yang bermula sejak penghujung kurun ke 19 hingga sekarang ini, peranan silat dasi segi mempertahankan negara adalah sangat jauh berkurangan dari zaman sebelumnya, namun hakikat bahawa manusia adalah masih terdedah kepada berbagai-bagai jenis pencerobohan dan ancaman adalah tidak dapat dinafikan.


Oleh itu persedian bagi menjaga diri dan nyawa adalah senantiasa merupakan satu keperluan asasi dan dituntut oleh ugama. Oleh yang demikian, mempelajari silat sebagai alat mempertahankan diri adalah selaras dengan kehendak ugama didasarkandari Firman ALLAH S.W.T di dalam surah An-ANfaal, ayat 60 yang bermaksud :


"Dan siapkanlah untuk mneghadapi mereka (musuh) dengan

kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda

yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)

kamu menggentarkan musuh ALLAH, musuhmu dan orang-orang

selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang ALLAH

mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan

ALLAH nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan

kamu tidak akan dianiaya"


Kita juga sering kedengaran peristiwa-peristiwa dimana orang-orang yang tidak menggangu orang, orang baik-baik dan salleh-salleh yang menjadi mangsa pencerobohan dan ancaman dari anasir jahat. Anasir jahat ini selalu melengkapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu yang bersangkutan, sedangkan orang yang baik-baik tidak pula melengkapkan diri dengan ilmu bagi orang yang baik-baik misalnya ilmu silat.


Disini nampaklah berapa lebihnya ilmu itu seperti Firman ALLAH S.W.T di dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud :


".....katakanlah : " Adakah sama orang-orang yang mengetahui

dengan orang yang tidak mengetahui? sesungguhnya orang-orang

yang berakallah yang dapat menerima pelajaran"


dan Firman ALLAH di dalam surah Al-Mujaadah ayat 11 yang bermaksud :


"Allah meninggikan orang yang beriman diantara kamu dan

orang -orang yang diberi ilmu pengetahuan, beberapa darjat..."


Dari ketiga-tiga ayat Al-Quran dan perbincangan diatas, dapatlah disimpulakn bahawa menuntut dan mempelajari silat itu mempunyai kelebihan dan dituntut oleh agama.


Akibat lamanaya silat telah sebati dengan orang-orang melayu, maka ujudlah beberapa ciri tersendiri di dalam ilmu persilatan yang menjadi amalan. Diantara ciri-ciri yang terbaik ialah hubungan yang rapat dijalin oleh rasa hormat dan muhibbah diantara murid dengan guru. Guru-guru sering dijadikan tempat rujukan di dalam banyak hal. Di samping ituperlu diambik perhatian bahawa mereka yang berminat untuk mempelajari silat adalah terdiri daripada pelbagai golongan termasuk mereka yang berniat baik atau jahat pada mulanya. Apabila ciri-ciri ini ujud di alam persilatan, maka alam persilatan itu sendiri telah menjadi satu saluran pendidikan yang unggul sekali. Peranan ini jika diteliti adalah sangat berkesan, sebagai alat memproses mereka yang rendah akhlaknya untuk menjadi insan yang berguna.


Namun begitu, silat hanya dapat menjadi saluran pendidikan secara realiti sekiranya ia didukung atau dipimpin oleh mereka yang mempunyai asas dan latar belakang ugama. Sekiranya tidak, dan sekiranya pemimpinnya terdiri dari orang-orang yang 'asi ( seseorang yang sering melakukan maksiat) dan mengamalkan sesuatu yang bercanggah dengan akidah Islam maka sialat akan menjadi satu saluran memproses anggota-anggota masyarakat yang tidak diingini dan merbahaya sekali


Disinilah letaknya peranan utama ulama'. Jika mereka menjadi pemimpin dan pendukung silat bukankah mereka akan dapat satu wasilah yang berkesan untuk mengembangkan ajaran agama dan membentuk masyarakat?


Jika diteliti dari segi sejarah peranan ini memang dimainkan oleh para ulama' yang silam. Ulama' di zaman silam adalah merupakan ahli-ahli silat yang menjadi harapan penduduk kampung dan negeri di mana mereka mendapat kedudukan yang baik. Jauh lebih dari itu mereka telah dapat menyediakan angkatan untuk mengembangkan Islam. Bukankah Pulau Jawa telah di Islamkan oleh Ulama' pendekar yang digelar "Wali Songo" atau wali sembilan? Kumpulan ulama' pendekar bukan sahaja telah ujud di Jawa, tetapi juga di Acheh, Perlak dan di negeri-negeri semenanjung Malaysia. Golongan inilah yang sangat ditakuti oleh penjajah dan merekalah yang telah menangkis hingga ketitisan darah yang terakhir terhadap pencerobohan-pencerobohan penjajah.


(akan bersambubg...)

Saturday, December 3, 2011

Buat Manusia Berpenyakit Hati

Dunia di luar lebih hebat dari jangkauan kita.
siapa pernah melalui ibarat mati hidup semula.
maka berpesan pada sendiri jangan kita bangga dengan apa yang kita ada
kau kaya?
kau hebat?
kau gangster?
itu belum menjamin keselamatan kau,
belum menjamin kesenangan kau.
kerna aku sudah melaluinya

manusia bertopeng malaikat ramai
depan menurut belakang mengarut
dikutuk dipandang enteng
pemalas dan penuh lakonan
bersosial?
party?
clubbing?
race haram?
aku kenal mereka semua dengan sekilas pandang
kerna aku sudah melaluinya

secebis peringtan buat kamu
yang masih belasan
yang masih hingusan
bermegah hasilnya sementara
harus kamu susuri jalan damai
agar kau kenal apa itu Esa.

Jangan kita bangga dengan apa yang ada
Roh hak Dia
Jasad Hak Dia
Dunia Hak Dia
SYurga Hak Dia
Neraka Hak Dia

mana kita nk pegi?
Dosa pahala masih kita buat?
hujung tetap kita balik dekat Dia.

Buat sikit-sikit
Lama-lama banyak

Kita manusia tidak terlepas dari dosa kerna kita bukan maksum

tapi apa yang ada kita buat sikit-sikit, lama-lama jadi banyak.

Friday, December 2, 2011

Siapa Kita.. Melayu?

sedih aku melihat melayu sekarang.
kebaratan menguasi mereka lebih dari timur
yakni budaya adab dan gaya sosial.

aku bukan kuno

harus kita ingat
walau kita pakai pakaian yang moden
gaya hidup moden
berbahasa moden

jangan kita lupa asal dan usul kita
jangan dilupa adab dan budaya kita
jangan dilupa agama kita

kalau kita cakap nenek moyang kita bodoh dan kuno
kita tidak akan jadi apa yang kita jadi dini hari
renungkanlah....

aku percaya tidak ramai mengerti apa maksud melayu
apa itu melayu?? korang carilah jawapan di dalam perlembagaan Malaysia

kita orang melayu harus bangga dengan budaya kita
kena hidupkan keharmoni bagai dulu
budaya kita harus kita pelajari
kalau bukan kita hendak mengangkat martabat melayu siapa lagi?

jangan biar bangsa kita bani jawi lenyap begitu sahaja
kita bani terhebat dalam sejarah, kaji dan rajin2 search kat google.
sanat kita juga dari golongan yang baik2...

"sains dan teknologi boleh dipelajari dimana-mana, tetapi budaya tetap hak kita"
-Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad
seorang perjuang budaya melayu

Wednesday, November 23, 2011

jiwa kecik


ade seketul lagu yang telah aku hasilkan
tapi aku maseh malu utk memperdengarkan pada kalian
apa ianya enak atau tidak dr corong telinga kalian

lagu berkisah ttg pertemuan seorang gadis
mcm biasa ianya jiwang
namun aku cuuba utk buat satu yg beza, tp agak sukar
payah juga mahu membikin lagu hehe

nnt klu ade kesempatan aku akn masukkan lagu itu
tp tunggu adunan yang cantik sedikit ya

dan oh ya, lagu kedua pon turut ada, tp penyusunan belum lagi
harap ok ler~~ hohoho

Thursday, November 17, 2011

konvokesyen PSSCM zon tengah




Nenda ( masakan terakhir)

Pagi itu mengejutkan aku tapi aku tetap tenang
baru sahaja 14 hari aku berjumpa dengannya
diingati aku selalu sahaja berbaring di kakinya
bagai bayi yang berada dalam kesayangan

aku mengerti itu wajib ke atas makhluk
dan kerna itu aku tenang
dalam perjalan pulang bagai wayang gambar di hadap mata
bermain semua cerita dahulu

kasih dan sayang aku tinggi
menitis jua walau ku tahan tatkala mengucupnya
kasih dan sayang itu dalam ertinya
walau roh dan jasad terpisah

segala pesan dan amanat berlegar dalam sebak
kerap ku kamarnya merasa bagai dia disitu
tapi realiti aku tahu sebenarnya
sedih dan rindu....

masakan terakhir bubur kacang hijau
aku jamah dengan sebak
aku jamah dengan putaran masa tatkala aku dan dia
......(tiada kata mengambar perasaan aku)

aku yakin dan aku mahu
kebaikan aku dilimpah pada sekelian ibu bapa datuk nenek ku
kerna aku kasih pada mereka

Dengan Limpah dan Kurnia ALLAH S.W.T
dan Berkat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W
semoga mereka ditempatkan di kalangan orang beriman,
dan dipermudahkan segala perhitungan
sesunggahnya Engkau Maha pengampun lagi Maha mengasihani

AMIN~

buat Arwah Nenda tersayang 'Dayang Binti Taib'