SiapA itu KorAi??

My photo
teringin nak ade kampung !!!!

Tuesday, February 9, 2010

seruan segerak


bisikan lidah yang tajam berilmu,
merentap sedarku dari lenangan kalbu,
deruan kersani mengalir di diriku,
menyambut seruan bisikan guru.

perkemas diri bersama seni,
tampak ringkas padahnya mati,
hanya perdu hasratku cari,
buat bekalan menanti hari.

satu hasrat satu matlamat,
berpadulah kita sekelian umat,
sudah tiba pelbagai alamat,
perkemaskan diri sebelum terlambat.

geraknya tangkas bersama cekak,
hindar semua riak dan bongkak,
berdiri lurus kehadapan bertapak,
itu adalah warisan mutlak.






kalam indah dari tuhan,
hanya dizahirkan oleh insan.


~KorAi~

No comments:

Post a Comment